Image

Image

Pages

Sunday, September 21, 2014

Review: Hotel [email protected], Ipoh

Salam,

     Harini tiba-tiba teringat rupanya diri ni ada blog...haha takdela, En. husband asyik bagi hint jek bila nak update blog.. hihi sesungguhnya kehidupan mak mak sangatlah busy tak menang tangan. bila la ada masa nak duduk depan pc membebel kan. Ni pun tengah duk tunggu kain dalam mesin, boleh la layan blog kejap. So kali ni nak review hotel yang kitorang stay masa pergi kenduri kawin anak saudara dekat Ipoh masa cuti merdeka haritu. Niat nak balik hari jek tapi dah kebetulan cuti kan so ape salahnya pergi bercuti sekali. ni pun last minit plan so nak booking pun dah tak banyak hotel available. So hotel pilihan kami kali ni adalah Hotel [email protected] Ipoh. 

   
Ni la Hotelnye. Gambar from google jek.

       Actually hotel ni hotel baru, so condition hotel memang tiptop la. Cantik sangat hotel ni. Rate di sederhana la, saya book 2D1N with breakfast dalam RM250+ includes tax. Lokasi hotel ni betul-betul tepi highway kat Jelapang tu, so kalau datang dari KL, memang masuk ipoh tapi terus jek sampai jelapang, dun wori sebab ada signboard hotel ni sepanjang jalan tu. so memang lokasi dia bukan dekat pekan Ipoh.  


Ni suasana di lobi hotel. source from google

     Gambar dari google jek ambil sebab sampai dah lewat petang coz jalan jem dari KL so dah penat dan memang tak sabar nak check in jek. Tu pun masa check in patutnya kami book deluxe room tapi dah full so dia upgrade bilik kitorg jadi studio suite tapi dapat 2 single bed dan dia bagi kami babycot semua without charge. So kita layan jela. Hotel ni guna konsep moden kontemporari so memang cantik dan simple jek. takde sarat-sarat so agak menenangkan fikiran jugak la. Naik-naik bilik gembira sangat coz dapat bilik besar siap ada ruang tamu dengan tv dan sofa yang besar boleh buat katil, pastu kat ruang bilik ada tv lagi satu. so damia tak perlu berebut dengan papa sorang nak tengok bola sorang nak tengok kartun. Toilet die best sangat rasa macam dapat toilet idaman...haha melampau betul.


                                      
ni kat ruang tamu dia...simple jek kan...
sofa tu sangat best tau, kalau ramai boleh jek tido kat situ



ni pulak kat area bilik tidur, 
abaikan budak kecik yang excited tu



ni pula katil single dia yang super duper besar...hihi
selesa sangat dengan bantal banyak-banyak tu...
time ni babycot tak sampai lagi



ni pula toilet dia yang menjadi idaman hati...hihi 
cermin besar, shower area yang best,
 belah kanan cermin tu tempat toilet bowl dia


After maghrib kami keluar cari dinner, dah la tak biasa dekat area Ipoh ni dan husband malas nak masuk pekan Ipoh so kita makan area situ jek. Kitorang pergi Mydin Meru Raya yang terbesar di Malaysia tu yang terletak dekat tepi hotel tu jek. pusing roundabout besar tu jek. Rupanya kalau korang nak tau ade restoren nasi vanggey yang famous amos kat Ipoh tu dekat belakang mydin tu jek... huhu esok masa nak g kenduri tu baru perasan kedai tu. bukan rezeki kami la tu kan, next time maybe. Tapi makan nasi kandar kat mydin tu pun dah sedap dah. Alhamdullillah. 

esok pagi macam biasa turun breakfast...pilihan makanan bolehla, tak banyak sangat tapi ok la. ada cereal, buah, roti n jem, nasi lemak, mee goreng, mee kicap, mee sup, scramble egg dan macam-macam lagi. rasa dia ok, xdela tak sedap. kenyang la jugak...after breakfast naik bilik, kemas-kemas barang then bersiap untuk pergi kenduri. overall sangat best stay kat sini, next time boleh pergi lagi. staf dia pun friendly, masa nak balik tu staf dia tegur and borak-borak tanya macam mana duduk kat situ ok x? ada pape masalah tak? borak sambil dia duk mengusik damia, tapi diva kecik tu sombong skit haritu, mentang-mentang dah berpeplum nak g kenduri...diva sangat...huhu so sape-sape yang nak booking hotel ni boleh pergi website dia or booking jek kat agoda macam kami buat. alamat dan website seperti yang tertera di bawah.

[email protected]
No. 1-C, Jalan Meru Casuarina,
Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh
Perak Darul Ridzuan.
http://www.casuarinahotels.com.my/

Sekian dulu dari saya. Bubye...

No comments:

Post a Comment